Saturday, May 2, 2009

Produk - Produk Kesihatan - Sistem Penapisan Air Seven Star

RM 1980

Menggunakan teknologi daripada Jepun, Sistem Penapisan Air 7-Star mampu untuk menapis sehingga 99.99% toksin termasuk menapis klorin, virus, sisa-sisa, logam berat dan lain-lain bahan pencemar yang merbahaya. Sistem Penapisan Air 7-Star juga boleh membantu meningkatkan kandungan oksigen dalam air, membantu mengecilkan molekul air, menyediakan khasiat diperlukan tubuh badan, meningkatkan tenaga dalam sel badan dan memperbaiki pengedaran darah dalam badan. Selain itu, sistem penapis air ini juga boleh meningkatkan kualiti air menjadikannya lebih sihat dan bersih sepertimana diperlukan tubuh badan yang rendah dengan kandungan alkali dan tinggi oksigen. Keseluruhannya, ia dapat membantu meningkatkan kesihatan anda dan keluarga anda!

7 penapis yang direka khas

Sistem Penapisan Air 7-Star mempunyai 7 penapis yang direka khas untuk membantu membersihkan air dan memperbaiki kualiti air. Dengan sistem penapisnya yang berteknologi tinggi, Sistem Penapisan Air 7-Star boleh membantu meningkatkan kandungan tenaga air, membantu molekul air menjadi lebih kecil dan menyediakan air semulajadi yang sihat untuk diminum dalam keadaan sebaik mungkin.

K-Energy Jade Ring


HIJAU - RM 315.00
MERAH - RM 540.00

Dengan kelebihan UIE yang merangkumi kombinasi proses transformasi molekul cecair dan penyeimbangan ion dengan oksigen dan tenaga, UIE K-Energy Jade Ring dapat membantu keadaan-keadaan berikut:
  • Kepenatan yang kronik, kelesuan dan kelemahan am yang biasanya dialami mereka yang kerja berlebihan atau terlalu stress
  • Kesihatan badan yang merosot, membantu dalam menguatkan bahagian atas abdomen dan otot dada pada wanita apabila dipakai sebagai loket bersama rantai emas atau perak (untuk aktiviti tenaga)

Kegunaan:

  • Pakai UIE K-Energy Jade Ring di leher sebagai rantai
  • Pakai setiap masa – siang dan malam (24 jam)
  • Tanggalkan sebelum mandi
  • Pakai dengan cermat kerana ia mudah pecah dan mudah patah
  • Amalkan kebersihan dengan membasuhnya secara kerap dengan ai
  • Beri perhatian pada jangkahayat 2 tahun dari tarikh kegunaan

Produk - Makanan Kesihatan - K-OmegaSqua


RM 55.00

Kandungan K-OmegaSqua terdiri daripada Omega-3 ikan salmon dari Norway, Squalene dari minyak hati ikan yu yang hidup di Lautan Pasifik dan Vitamin E semulajadi untuk kesihatan jantung, kulit dan otak kita.

Kebaikan K-OmegaSqua:

  • Membantu mengurangkan tahap kolesterol dan trigliserid dalam darah
  • Membantu meringankan sakit-sakit dan radang seperti reumatoid artritis, osteoartritis, psoriasis, ekzema dan lain-lain
  • Membantu melancarkan saluran darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi kepada tahap normal
  • Membantu menghalang saluran darah daripada tersumbat
  • Membantu menghalang kanser
  • Membantu mengekalkan kesihatan kulit dan menghalang jangkitan bakteria
  • Menyeimbangkan kelajuan denyutan jantung agar normal bagi mengelakkan serangan sakit jantung
  • Meningkatkan sistem imuniti (daya ketahanan)
  • Membantu menghalang selesema dan batuk
  • Membantu menyembuh kecederaan, membantu masalah jerawat dan masalah kulit yang lain
  • Menghidupkan semula sel-sel saraf yang telah mati bagi mereka yang menghidap sakit kencing manis dan membantu melambatkan proses penuaan
  • Membantu menghalang serangan lelah (asma)

Produk - Produk UIE - K-Energy Cream


RM 85.00

UIE K-Energy Cream ini telah dihasilkan oleh para saintis untuk merawat bermacam-macam jenis kulit yang bermasalah. Krim ini sesuai untuk semua jenis kulit serta membekalkan tenaga dan oksigen disamping memberikan transformasi dan menyeimbangkan kulit.

Krim ini adalah baik untuk menegangkan kulit muka dan badan bagi menghasilkan kulit yang bersih dan berseri. Ia dapat menyihatkan kulit, membantu melangsingkan badan, mengurangkan bau busuk dan menghalang berlakunya penyakit kaki makan air.

UIE K-Energy Cream merupakan penjagaan kulit yang lengkap, bagi membantu merawat bekas-bekas jerawat, memberi kelembapan, memberi rasa segar serta menggantikan semula sel-sel kulit yang telah mati.

Produk - Produk UIE - K-Energy Black Jade


RM300.00

Diperbuat daripada batu jed hitam yang berkualiti, K-Energy Black Jade yang diadun dengan UIE ini digunakan untuk meningkatkan metabolisme, stamina dan tenaga untuk kehidupan yang lebih sihat dan ceria. Produk semulajadi yang asli ini juga dapat membantu tubuh manusia untuk meresap tenaga dan kekuatan secara semulajadi.

Kelebihan:

  • Meningkatkan metabolisme
  • Menggalakkan peredaran darah
  • Meningkatkan dan memelihara kesihatan keseluruhan badan
  • Menyegarkan dan meningkatkan daya hidup badan kepada keadaan normal

Produk - Minuman Kesihatan - TEH ROOIBOS BERKUALITI TINGGI SOD GOLDEN VALLEY


RM 25.00

Teh Rooibos Berkualiti Tinggi SOD Golden Valley mengandungi SOD (Super Oxidant Dismutase) yang bertindak sebagai agen anti-oksida untuk mengawal radikal bebas dalam badan. Jika tidak dikawal dan dibiar berkembang, ia boleh mendatangkan reaksi yang akan menyebabkan sel menjadi luar biasa atau cacat. Sebagai anti-oksida, Teh Rooibos dapat menghapuskan radikal bebas sekaligus menghalang kerosakan atau kecacatan sel. Teh Rooibos juga dapat membantu pembesaran sel yang sihat.

Disamping itu, Teh Rooibos merupakan penghilang dahaga yang hebat. Diimport dari Afrika Selatan, Teh Rooibos adalah minuman yang ideal sama ada panas atau sejuk, sama ada kosong atau dicampur susu, gula, limau atau madu. Pada cuaca yang panas, Teh Rooibos juga dapat dibancuh bersama dengan jus buah-buahan.

Oleh kerana Teh Rooibos tidak mengandungi kafein, ia boleh diminum sebanyak mungkin oleh ahli sukan, Ianya kaya dengan zat besi, potasium, zink, mangan dan sodium yang dapat membantu menstabilkan imbangan badan selepas sesi latihan yang meletihkan.

Malah, Teh Rooibos bukan sahaja boleh diminum. Adunan Rooibos boleh digunakan sebagai resipi untuk mendapatkan warna dan rasa ketika memanggang. Rooibos juga boleh digunakan untuk menghasilkan sup, gulai dan sos.

K-LINK ARABICA COFFEE (HD 004A)


RM 25.00

K-Link Kopi Arabica diperbuat daripada campuran unik biji-biji kopi Arabica yang bermutu tinggi bersama dengan pati ginseng dan ekstrak ganoderma. Mulakan pagi anda dengan secawan K-Link Kopi Arabica. Aromanya yang harum mampu untuk menyegarkan anda dan memberikan bertenaga secara keseluruhan.

Produk - Makanan Kesihatan - ORGANIC K-BIOGREEN


RM 170.00

Organic K-BioGreen ialah makanan organik yang dipilih khas dari 58 jenis bahan unik seperti kacang, bijiran, sayur-sayuran, rumpair laut dan bifido-bakteria serta enzim makanan yang memainkan peranan penting dalam badan manusia bagi bagi membersih, mendetoksifikasi dan meremaja serta mengembalikan fungsi-fungsi organ penting dalam badan dan membina ketahanan. Apabila produk tersebut diambil sebagai makanan dalam badan, ia memberikan nutrien-nutrien yang secukupnya dan sesuai bagi mereka yang inginkan tubuh badan yang sihat dan langsing.

Organic K-BioGreen adalah sumber makanan bernutrisi tanpa kandungan bahan awet dan tanpa pengubahsuaian genetik yang diluluskan oleh AgriQuality di New Zealand. Setelah produk organik disahkan dengan kelulusan organik, produk berkenaan diberi label dan boleh dipastikan bahawa unsur-unsur produk organik berkenaan telah mematuhi syarat-syarat dari perkebunan ke pasaran.

Organic K-BioGreen tidak mengandungi sebarang perisa buatan, pewarna, sisa-sisa anti-biotik, penggalak tumbesaran dan bahan awet. Dalam penggunaan baja, perkebunan organik telah menetapkan garis panduan yang ketat. Baja mengandungi patogen manusia, tetapi jika dirawat (dikompos) dengan betul, ia bioleh menjadi baja organik dalam bentuk selamat. Pekebun berkelulusan organik tidak dibenar menggunakan baja yang tidak dirawat kurang dari 60 hari sebelum penuaian tanaman dan ia diperiksa bagi memastikan syarat-syarat dan peraturan-peraturan dipatuhi.

Ada di antara mereka percaya bahawa makanan organik rasa lebih enak dari makanan biasa. Untuk sebab-sebab kesihatan, makanan rasa lebih enak jika makanan tersebut adalah segar.

Kebaikan Organic K-BioGreen :

  1. Meningkatkan sistem imuniti
  2. Meningkatkan sistem endokrin
  3. Membersih sistem penghadaman
  4. Membantu mengurangkan kolesterol
  5. Membantu menghalang sakit jantung
  6. Membantu menggalang sel-sel kanser
  7. Mendetoksifikasikan sel-sel badan dan saluran darah
  8. Mengaktifkan sel-sel badan
  9. Menggalakkan metabolisme
  10. Mengawal organ-organ dalaman
  11. Mengurangkan tekanan
  12. Meningkatkan ingatan
  13. Meningkatkan keadaan mental dan fizikal
  14. Bertindak sebagai agen anti-oksida
  15. Membekalkan vitamin, mineral dan nutrien yang lengkap
  16. Melembapkan kulit dan membantu menghalang alahan kulit
  17. Membantu menahan lapar dan menguruskan badan
  18. Mengembalikan kecantikan asli

Produk - Minuman Kesihatan - K-LIQUID CHLOROPHYLL


RM 65.00

Tiga kebaikan K-Liquid Chlorophyll:

  1. Pembersihan - merujuk kepada detoksifikasi dan penghapusann kotoran dalam badan
  2. Pengawalan - mengimbangkan hormon-hormon serta asid dan alkali dalam badan
  3. Penyuburan - membekalkan nutrien untuk kesihatan darah bagi meningkatkan tahap oksigen dan sel darah merah

Apakah Klorofil?

Klorofil merupakan penawar alam semulajadi yang didapati pada pigmen hijau tumbuh-tumbuhan hijau. Dalam proses yang dipanggil “fotosintesis”, klorofil dalam tumbuh-tumbuhan hijau menyerap dan menyimpan tenaga daripada cahaya matahari bersama dengan karbon dioksida di udara, air dan mineral-mineral dari tanah untuk menghasilkan makanan. Tenaga itu diperlukan untuk menukar air dan karbon dioksida menjadi glukosa – sumber utama tenaga untuk semua organisma hidup.

Mengapa Alfalfa?

Alfalfa dipilih kerana ianya mengandungi empat kali ganda lebih klorofil daripada sayur-sayuran lain. Akar-akarnya tumbuh sangat dalam untuk menyerap mineral-mineral seperti kalsium, besi, magnesium dan lain-lain.

Satu sudu besar K-LINK K-Liquid Chlorophyll sama seperti mengambil sayur-sayuran sebanyak 1 kg. Ia adalah sumber nutrien yang penting bagi merangsangkan kesihatan yang baik.

Melawan Radikal Bebas Untuk Mengurangkan Kedutan & Penuaan

Klorofil dalam alfalfa mengandungi agen anti-oksida yang dapat mengurangkan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas melemahkan badan dan membuat kita senang menjadi sakit. Radikal bebas adalah unsur oksida aktif yang dihasilkan oleh tubuh kita melalui proses metabolisme pemecahan makanan dan oksigen yang menghapuskan protein, lipid dan DNA. Ini akan mengakibatkan sel-sel biasa berubah dan menyebabkan bermacam-macam penyakit kepada tubuh kita. Radikal bebas adalah punca utama kepada penuaan.

Klorofil sangat kaya dengan:

Zink – Gabungan zink bersama vitamin A menggalakkan kesihatan yang baik
Selenium – Melindungi dan memperbaharui sel-sel badan
Vitamin E – Anti-penuaan, menyuburkan kulit dan mengaktifkan otak
Vitamin C – Meningkatkan kecergasan dan memiliki unsur-unsur anti-kanser
Vitamin A – Memperkuatkan fungsi jantung dan penglihatan

Lain-lain nutrien termasuklah protein, biotin, asid folik, asid pantotenik dan mineral-mineral seperti kalsium, kobalt, kromium, fosforus, silikon, potassium, mangan, magnesium, besi dan lain-lain.

Menggalakkan Pertumbuhan Sel-sel dan Meningkatkan Sistem Imuniti

Dr. Richard Wilstatter (1915) dan Dr. Hans Fischer (1930) masing-masing telah menerima Anugerah Nobel dalam Jurusan Perubatan dan KImia kerana menemui struktur molekul sel darah merah manusia dan klorofil. Dari sinilah dapat ditunjukkan bagaimana klorofil menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan penghasilan sel-sel membantu dalam membina sistem daya ketahanan.

Ciri-ciri Penghasilan Darah

Penerima-penerima Anugerah Nobel, Dr. Richard Wilstatter dan Dr. Hans Fischer juga telah membuat penemuan bahawa terdapat hanya satu perbezaan ketara di antara sel-sel darah merah dan klorofil iaitu klorofil mempunyai atom magnesium di dalam nukleusnya, manakala sel-sel darah merah mempunyai besi. Dengan itu, klorofil dapat membantu dalam kes-kes anemia dan keadaan kekurangan darah.

Membersihkan Badan daripada Racun Serangga dan Sisa-sisa Toksin Perubatan

Pakar pemakanan Prof. Bernard Jensen menjelaskan bahawa klorofil amat berkesan dalam mengurangkan toksin-toksin dari racun serangga dan sisa-sisa perubatan dengan mencucikannya keluar daripada badan. Beliau juga memerhatikan bahawa orang-orang sihat lazimnya mempunyai lebih tinggi jumlah darah berbanding dengan orang yang sakit. Bagaimanapun, selepas mengambil klorofil dengan banyak, jumlah darah pesakit telah bertambah dan kesihatan juga meningkat.

Mengurangkan Masalah Badan

Seorang saintis bernama Offen Krantz mendapati bahawa kebaikan-kebaikan klorofil dapat menolong pesakit-pesakit ulser perut. Klorofil telah menjadi pelengkap perubatan yang diarahkan oleh para doktor bagi pesakit yang mendapat ulser perut.

Memperbaiki Kulit Bermasalah dan Mencantikkan Kulit

Akhbar “The New England Medical Journal” telah melaporkan yang klorofil menolong dalam mengawal masalah-masalah kulit dan jangkitan dalaman. Akhbar “American Journal of Surgery” telah menyiarkan penemuan dari Temle Universiti mengenai penggunaan klorofil dalam penyembuhan luka-luka pembedahan dan keadaan-keadaan lain yang berkaitan.